Setelah 2 minggu mengikut kursus buat blog, baru ada kesempatan update. Itupun sebab jaga kurantin pelajar yang akan menduduki peperiksaan amali akhir KV iaitu utk program 2SVM IPD. IPD tu apa? Jangan salah faham iya, bukan balai polis tau. Ini singkatan untuk Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. 2SVM tu singkatan untuk tahun 2 pelajar Sijil Vokasional Malaysia.
Ini makmal IPD1, bengkel/makmal untuk buat amali/kuliah. Dah nampak buruk kannnn. Program ni dah beroperasi sejak tahun 2014.
Persediaan yang telah dibuat sebelum amali berlangsung.
Suasana di dalam makmal/bengkel sebelum amali bermula. Gambar semasa amali tak boleh disebarkan, arahan LPM.
Sebahagian daripada 17 pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir amali. Semoga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment