Wednesday, May 15, 2019

16 Mei, hari keramat untuk guru-guru iaitu Hari Guru. Oleh kerana sambutan telah dibuat awal kerana bulan puasa, maka hari ni tak dapatlah nak merasa happy-happy. Hanya ucapan dari wasap dan fb sahaja yang diterima. Alhamdulillah, syukur kerana rezeki ku adalah dalam  profesion ini. Inilah bakat yang satu-satunya aku ada. 26 tahun berkhidmat, banyak yang aku pelajari untuk mengajar anak-anak didik ku. Tak pernah pun terfikir nak give-up atau pencen awal. Kalau ada umur dan kesihatan yang baik, in shaa Allah akan berkhidmat lagi 9 tahun. Semoga dipermudahkan. Selamat hari guru kepada semua guru-guru. Anda memang hebat.

No comments:

Post a Comment